Saturday, July 3, 2021

Bab 6.1: Persamaan Linear dalam Satu Pemboleh Ubah

Koleksi video berkaitan tajuk:

1. Cikgu Khadijah Kadir (6.1.1 - 6.1.3)
2. Cikgu Fatisah
3. Cikgu Chong


Standard Pembelajaran
6.1.1 Mengenal pasti persamaan linear dalam satu pemboleh ubah dan menghuraikan ciri-ciri persamaan tersebut. 


TUGASAN 1 (KOD: LD 6.1a)
(Sila klik nama kelas di menu Link Penghantaran Tugasan)




Standard Pembelajaran
6.1.2 Membentuk persamaan linear dalam satu pemboleh ubah berdasarkan suatu pernyataan atau situasi, dan sebaliknya.



TUGASAN 2 (KOD: LD 6.1B S1)
(Sila klik nama kelas di menu Link Penghantaran Tugasan)



TUGASAN 3 (KOD: LD 6.1B S2)
(Sila klik nama kelas di menu Link Penghantaran Tugasan)


Standard Pembelajaran
6.1.3 Menyelesaikan persamaan linear dalam satu pemboleh ubah. 

Penyelesaian persamaan linear ialah nilai berangka yang memuaskan persamaan itu.
Persamaan linear dalam satu pemboleh ubah boleh diselesaikan dengan menggunakan tiga kaedah yang berikut.
(a) Kaedah cuba jaya
(b) Aplikasi konsep kesamaan*
(c) Kaedah pematahbalikan

Sila lihat video penerangan aplikasi konsep kesamaan di atas melalui link ini: 




TUGASAN (KOD LD 6.1C)



Latih Diri Pengayaan 1

Selesaikan setiap persamaan berikut dan tunjukkan langkah penyelesaian menggunakan aplikasi konsep kesamaan.

(a) 7x + 2 = -19
(b) 3x - 1/3 = 5 
(c) 5x - 4 = 21
(d) -7x = 21 
(e) 18 - 7x = -3 
(f) 3(x + 4) = 21 
(g) 2x/3 - 3x/5 = 8 
(h) 3x - 9 = 5x - 3 
(i) 3(x - 3) = 4(2x + 1) 

Tuesday, June 1, 2021

Pengenaan dan Panduan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Platform ini  dibangunkan untuk memberi peluang pelajar melaksanakan PDPR mengikut kesesuaian masa masing-masing di rumah. Tiada had masa ditetapkan. Kaedah ini diharapkan dapat mengatasi beberapa halangan proses PDPR pelajar yang dihadapi seperti:

1. Terpaksa berkongsi peranti dengan ibubapa atau adik beradik yang lain. 

2. Situasi pengurusan masa belajar di rumah yang tidak mengizinkan mengikut sepenuhnya jadual yang telah ditetapkan. 

3. Tahap penguasaan pelajar yang pelbagai menyukarkan pelajar untuk memberi tumpuan kemahiran dalam sesi PDPR yang sedang berlansung berbanding rakan yang lain. 

4. Keadaan capaian internet yang tidak stabil menyukarkan mengikuti sepenuhnya PDPR yang sedang berlansung. 

5. Keadaan peranti yang tidak memuaskan seperti tidak mampu menyimpan bahan yang banyak dalam memori simpanan. 

Maka melalui platform ini peluang pelajar belajar secara PDPR sentiasa terbuka kerana platform sentiasa ada dan mudah dicapai apabila situasi pelajar mengizinkan. Sasaran pelajar hanyalah melengkapkan tugasan yang diberikan dalam platform ini mengikut kesesuaian masing-masing Penilaian PBD akan diberi secara auto berdasarkan analisis penghantaran yang disediakan melalui link khas. Tidak perlu menghantar hasil tugasan melalui Whatsapp atau Telegram.

Sebarang pertanyaan berkaitan kemahiran yang pelajar sedang siapkan boleh dikemukakan melalui link kumpulan Telegram atau Whatsapp yang disediakan.

Platform ini akan sentiasa dikemaskini untuk memudahkan semua pihak.

Selamat melaksanakan tugasan PDPR dengan selesa

Cikgu Arivai

SMK Keningau II,  Keningau Sabah


Bab 6.1: Persamaan Linear dalam Satu Pemboleh Ubah

Koleksi video berkaitan tajuk: 1. Cikgu Khadijah Kadir (6.1.1 - 6.1.3) 2. Cikgu Fatisah 3. Cikgu Chong Standard Pembelajaran 6.1.1 Mengenal ...